PORT DICKSON – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan kesemua tujuh calon yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson supaya menghentikan semua aktiviti kempen tepat pukul 11.59 malam ini. Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Othman Mahmood berkata, selain itu, semua pihak diingatkan bahawa semua bentuk kempen atau aktiviti meraih undi dilarang pada hari pengundian esok. “Tiada mana-mana pihak boleh merayu undi termasuk di luar pusat mengundi…










