PORT DICKSON – Kerajaan negeri telah berhubung dengan pengusaha hotel serta industri pembuatan di sekitar daerah ini dan Seremban untuk membenarkan malah menggalakkan pekerja mereka menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson pada 13 Oktober ini. Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun berkata, pihaknya mengharapkan inisiatif berkenaan dapat menarik pengundi Port Dickson yang tinggal atau bekerja di luar kawasan itu untuk balik mengundi pada hari…










