Polis tahan warga Perancis seludup dadah ke Lombok - Utusan Malaysia

Polis tahan warga Perancis seludup dadah ke Lombok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOMBOK 1 0kt. – Seorang warga Perancis ditahan polis Indonesia kerana memiliki kira-kira 4 kilogram dadah.

Polis berkata, Felix Dorfin, 34, membawa bagasi yang dipenuhi dengan kokain, pil ecstasy dan amphetamine ketika dia sedang berehat di lapangan terbang pada 21 September lalu ketika sedang bercuti di Lombok.

“Kastam telah memeriksa barangan yang dibawa setelah melakukan pemeriksaan dan menemukan dadah. Suspek cuba melarikan diri namun berjaya ditahan pihak berkuasa,” kata Ketua Unit Dadah Barat Nusa Tenggara, Yus Fadillah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tidak dapat dipastikan sama ada pendakwaraya memohon hukuman mati kepadanya jika sabit kesalahan.

Dia ditahan dua bulan selepas seorang warga Perancis , Michael Blanc yang telah meninggalkan Indonesia selepas selesai menjalani hukuman 18 tahun dan parol selama beberapa tahun kerana menyeludup dadah ke Bali. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini