KOTA KINABALU – Polis menahan sepasang kekasih disyaki terlibat dalam kes samun kedai serbaneka 24 jam di sekitar bandar raya ini dalam satu serbuan di Taman Inanam, dekat sini, Jumaat lepas. Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, sepasukan polis menangkap pasangan kekasih berumur 28 tahun di kawasan itu pada pukul 11.30 malam selepas risikan dan hasil maklumat berikutan laporan kes samun di dua lokasi berasingan kedai…










