KUALA LUMPUR – Kerajaan sedia untuk mengadakan perbincangan serta pertimbangan semula terhadap cadangan penanaman pokok ketum sebagai tanaman komersial dalam masa terdekat.
Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata, pihaknya sedia bertemu bagi mendapatkan pendapat daripada pelbagai pihak termasuklah badan bukan kerajaan (NGO) mengenai perkara itu.
“Tiada masalah untuk dibawa ke peringkat Kabinet tetapi kita mahukan ia dilakukan secara menyeluruh bagi memastikan tanaman herba seperti ketum dapat memberikan manfaat dalam perubatan sekali gus kepada orang ramai.
“Ia dapat dilakukan melalui kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) serta Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI),” katanya di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










