LONDON 30 Okt. – Mauricio Pochettino (gambar) tetap menghamparkan pujian ke atas persembahan Tottenham Hotspur ketika menentang Manchester City pada ketika meratapi kekalahan menerusi gol mudah Riyad Mahrez.
Juara bertahan itu menang 1-0 ke atas Spurs hari ini menerusi jaringan seawal minit keenam daripada Mahrez, yang mendedikasikan gol itu untuk bekas majikannya, Pengerusi Leicester City Vichai Srivaddhanaprabha, yang terkorban dalam nahas helikopter.
Spurs yang bersaing di atas padang yang teruk dengan permukaan padang kotor selepas Stadium Wembley digunakan untuk saingan Liga Bola Sepak Amerika Kebangsaan (NFL) Ahad lalu, menyaksikan Harry Kane dan Erik Lamela gagal memanfaatkan peluang keemasan untuk sekurang-kurangnya menyamakan kedudukan.
Pochettino bagaimanapun enggan menyalahkan permukaan padang, namun mengakui begitu kesal dengan bolos awal susulan tandukan ke belakang Kieran Trippier untuk memberikan bola kepada Ederson lemah, membolehkan Raheem Sterling memanfaatkannya, sebelum menghantar bola kepada Mahrez untuk menterjemahkan gol.
“Dua-dua pasukan merasai kesukaran beraksi di atas padang sebegini. Saya fikir perlawanan ini sangat kompetitif. Kami mengakui kami dibolosi dengan gol yang sangat mudah. Bola sepak ini boleh menghukum kesilapan anda,” kata Pochettino. – AGENSI
Pochettino puas hati walaupun tewas










