Pilih pihak mampu jaga kebajikan tentera - Utusan Malaysia

Pilih pihak mampu jaga kebajikan tentera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 8 Okt. – Anggota tentera yang terlibat dengan pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, esok dinasihatkan membuat pilihan bijak dengan mengundi calon yang mampu menjaga kebajikan mereka pada masa depan.

Yang Dipertua Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Kelantan, Datuk Seri Muhammad Abdul Ghani berkata, anggota tentera memerlukan pemimpin yang berupaya memperjuangkan nasib mereka sehingga ke peringkat tertinggi.

“Bila mengundi esok, jangan ikut perasaan. Ikut hati mati, ikut rasa binasa. Sebaliknya perlu guna kebijaksanaan anda semua.

“Nilaikan betul-betul adakah calon yang anda mahu undi itu mampu selesaikan masalah kita, jaga kebajikan kita dan boleh bantu kita pada masa depan,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

PRK Port Dickson menyaksikan pertarungan tujuh penjuru antara Anwar dengan calon Pas, Leftenan Kolonel (B) Mohd. Nazari Mokhtar dan lima calon Bebas.

Mereka ialah bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad; bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan; personaliti media sosial, Stevie Chan Kee Leong; pakar perunding; Kan Chee Yuen dan bekas pensyarah universiti swasta, Lau Seck Yan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 13 Oktober ini sebagai hari mengundi manakala 9 Oktober sebagai hari pengundian awal. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN