KUALA LUMPUR 31 Okt. – Juara bertahan, Perak mengesahkan tempat ke final Divisyen 1 hoki Piala Razak selepas mengekalkan rekod tanpa kalah dengan membelasah Pulau Pinang 6-2 pada pusingan awal hari ini. Dalam aksi di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, Perak bermula garang apabila membuka jaringan seawal minit kelima menerusi pukulan sudut Muhammad Nursyahmi Zulkifli, sebelum Hafifihafiz Hanafi menggandakan jaringan menerusi gol padang lapan minit kemudian. Skuad kendalian Mohd. Nizam…