KUALA LUMPUR 1 Okt. – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) didakwa berdepan situasi sukar untuk mengharamkan UMNO jika mahu menggunakan alasan memiliki dana haram.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Razlan Rafii mendakwa, ini kerana, bukan semua pemindahan masuk wang ke akaun bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah dari sumber Tanore Finance yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Apa yang boleh kerajaan PH lakukan hari ini adalah kaitkan UMNO dengan penggunaan dana haram dan perkara ini juga sukar dibuktikan.
“Parti-parti di dalam Malaysia semuanya tidak tahu dari mana dana mereka peroleh, ada yang kata DAP dari sumber judi haram, PKR dari luar negara dan yang lain-lain juga sama,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE











