KUCHING 17 Okt. – Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak akan terus memperkukuhkan kawalan di kawasan sempadan bagi memastikan tahap keselamatan terjamin di negeri ini. Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Azman Yusof berkata, tahap kawalan di kawasan sempadan negara perlu ditingkatkan terutama melibatkan kawasan yang menjadi sasaran aktiviti jenayah rentas sempadan. Menurutnya, tindakan memperkemas dan memantapkan keselamatan di sempadan negara secara langsung dapat memerangi masalah penyeludupan dadah, senjata api dan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negeri ini. “Kita akan meningkatkan lagi kawalan dan rondaan di kawasan sempadan Sarawak-Kalimatan Barat dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya