PFA lantik ahli perniagaan, berpengalaman dalam pembangunan bola sepak sebagai presiden - Utusan Malaysia

PFA lantik ahli perniagaan, berpengalaman dalam pembangunan bola sepak sebagai presiden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 14 Okt. – Persatuan Bola Sepak (PFA) hari ini mengumumkan Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Shafie, seorang yang berpengalaman luas dalam pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi selama hampir 10 tahun, sebagai Presidennya yang baharu.

Ahmad Amizal Shaifit, 31, yang merupakan seorang ahli perniagaan sebelum ini, bergerak aktif di bawah jenama Projek Pembangunan Bola Sepak Qhaleefa (QFDP).

Selain itu, beliau memegang jawatan presiden untuk dua buah kelab bola sepak iaitu Kelab Bola Sepak Qhaleefa (Qhaleefa FC) dan Kelab Bola Sepak Qhaleefa MIB (Qhaleefa MIB FC).

Memuatkan artikel berkaitan…

Pelantikan beliau itu turut melakar sejarah PFA apabila jawatan tersebut kini tidak lagi disandang oleh ahli politik seperti mana sebelum ini.

Menurut Ahmad Amizal Shaifit, beliau akan memanggil mesyuarat Exco pada Rabu ini untuk bertemu empat mata dengan pegawai-pegawainya yang bertujuan bagi menetapkan pertemuan dengan para pemain belia, piala Presiden dan Liga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

“(Dalam pertemuan itu) Kita hendak bantu mencari penyelesaian tentang masalah yang berlaku sebelum ini (tunggakan gaji).

“Kita juga dalam proses untuk mempersiapkan pasukan (Liga Perdana) untuk musim depan yang kini sudah 40 peratus siap,” katanya dalam Kongres Luar Biasa PFA 2018-2021 di sini hari ini.

Pada kongres itu, Mohd. Abdul Karim Khan Mansor Ahmad Khan turut diumumkan sebagai Timbalan Presiden PFA yang baharu.

Dalam pada itu, Mohd. Abdul Karim Khan memaklumkan bahawa PFA pada masa ini mempunyai tunggakan hutang sebanyak RM1.6 juta namun menegaskan bahawa jumlah berkenaan masih rendah berbanding pasukan lain. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini