Pesawat United Airlines mendarat dengan selamat selepas buat panggilan kecemasan - Utusan Malaysia

Pesawat United Airlines mendarat dengan selamat selepas buat panggilan kecemasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY 4 Okt. – Sebuah pesawat United Airlines membawa 194 orang penumpang dan krew dari Los Angeles mendarat dengan selamat tanpa sebarang insiden di sini awal pagi ini selepas membuat panggilan kecemasan yang berpunca daripada paras minyak rendah, mencetuskan tindak balas kecemasan di bandar terbesar Australia itu.

Jurucakap United Airlines, Madhu Unnikrishnan berkata, pesawat penerbangan dengan kod penerbangan 839 dari Los Angeles ke Sydney mendarat dengan selamat ekoran isu mekanikal.

“Jet penumpang itu berjaya sampai ke tempat menurunkan penumpang dan kesemua pelanggan keluar secara normal,” katanya. REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN