JAKARTA 29 Okt. – Pesawat Lion Air yang membawa 188 penumpang dan kru dipercayai tenggelam selepas terhempas di perairan Karawang, Jawa Barat, hari ini, sejurus berlepas dari ibu negara ini menuju ke Sumatera. Agensi mencari dan menyelamat Indonesia mengesahkan nahas melibatkan pesawat Lion Air penerbangan JT610 yang terputus hubungan dengan menara kawalan 13 minit selepas berlepas dan sebuah bot tunda yang sedang meninggalkan pelabuhan Jakarta melihat jet penumpang itu jatuh. Bagaimanapun tiada tanda-tanda mangsa terselamat dalam nahas pesawat baharu, Boeing 737 MAX 8 dan pasukan menyelamat menemukan beberapa cebisan manusia…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya