KUCHING – Seorang perompak dibelasah orang awam selepas bertindak melarikan dompet seorang peniaga ayam penyet di sebuah kedai makan di Jalan Semarak di sini semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, suspek yang berusia 29 tahun telah memasuki premis perniagaan tersebut sebelum secara tiba-tiba melarikan dompet milik peniaga yang diletakkan di dalam almari gerai. Menurut sumber, panik melihat tindakan suspek, peniaga wanita berusia 53 tahun itu kemudian menjerit meminta…










