Perodua berusaha kurangkan tempoh menunggu tempahan Myvi - Utusan Malaysia

Perodua berusaha kurangkan tempoh menunggu tempahan Myvi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Perodua kini berusaha untuk mengurangkan tempoh menunggu para pelanggan model Myvi kepada satu tempoh yang lebih wajar. 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, setakat akhir September, sekitar 22,000 unit Perodua Myvi baharu masih belum diserahkan kepada pembeli. 

“Kami masih belum dapat memberi tempoh masa penghantaran yang penuh, namun tenaga kerja di bahagian pengeluaran telah memulakan pengeluaran. Seterusnya, proses penghantaran akan bermula tidak lama lagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagi tempoh Januari dan September tahun ini, Perodua telah menjual sebanyak 168,200 unit kenderaan – peningkatan sebanyak 11 peratus berbanding 151,600 unit dijual dalam tempoh sama pada 2017.

“Peningkatan jualan ini boleh dikaitkan dengan sambutan positif untuk Perodua Myvi baharu serta model-model lain seperti Axia, Bezza dan Alza dengan jualan masing-masing sebanyak 53,700, 38,100 dan 18,400 unit setakat tahun ini,” katanya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini