Permit 28 kenderaan Usaha Maju Trading Sdn. Bhd. digantung serta merta - Utusan Malaysia

Permit 28 kenderaan Usaha Maju Trading Sdn. Bhd. digantung serta merta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 8 Okt.- Permit 28 kenderaan milik Usaha Maju Trading Sdn. Bhd. digantung selama dua minggu berkuatkuasa serta merta bagi membolehkan siasatan lanjut dan audit dilakukan ke atas syarikat berkenaan.

Syarikat itu merupakan pemilik treler yang merempuh sebuah kereta sehingga mengorbankan lima individu termasuk seorang bayi di Kilometer 255.1, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara selepas Terowong Menora pada Sabtu lalu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) juga akan melakukan audit ke atas syarikat itu dan sekiranya surat tunjuk sebab dikeluarkan, lesen pengendali operasi milik Usaha Maju Trading Sdn. Bhd. akan digantung.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Notis untuk mengantung permit 28 kenderaan akan diserahkan petang ini dan berkuatkuasa serta merta. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah diarahkan untuk memastikan semua kenderaan milik syarikat itu ditempatkan di depoh dan bukannya berada di jalan raya.

“Tindakan tegas ini perlu diambil terhadap syarikat yang gagal mengawal pemandu-pemandu mereka sehingga ada yang positif dadah ketika memandu, dalam hal ini syarikat kena bertangungjawab,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Pada Sabtu lalu, lima individu termasuk seorang bayi ditemukan rentung apabila kereta yang mereka naiki terbakar setelah terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 255.1 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara selepas Terowong.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini