Permintaan rumah siap naik - Utusan Malaysia

Permintaan rumah siap naik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Okt. – Mah Sing Group Bhd. menyaksikan pertumbuhan permintaan terhadap rumah yang sudah siap sepenuhnya dalam kalangan orang ramai berbanding projek perumahan yang masih dalam pembinaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Mah Sing, Datuk Ho Hon Sang berkata, membeli produk yang siap mengurangkan kerja dan risiko yang berkaitan dengan membeli sesuatu di luar rancangan.

Katanya, Mah Sing akan me­la­kukan tugas mengurangkan kerja dan risiko yang berkaitan justeru pembeli rumah yang berpotensi tidak perlu lagi memikirkannya.

“Mah Sing berusaha untuk melengkapkan setiap rumah atau kerja ruang dengan susun atur yang lebih efisien dan di lokasi yang menarik,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mah Sing melancarkan kempen Desire Refer n Reward yang memberikan ganjaran sehingga RM38,000 apabila seseorang itu merujuk kawan dan keluarga untuk membeli pilihan rumah siap dan ruang komersial Mah Sing di seluruh negara.

Kempen itu bertujuan memenuhi permintaan yang semakin meningkat di negara ini bagi rumah dan ruang kerja yang berkualiti dan bersedia diduduki.

Kempen Desire Refer n Reward memberi ganjaran kepada perujuk apabila individu yang dicadangkan itu membeli mana-mana daripada 21 projek Mah Sing di seluruh negara sehingga 31 Disember 2018.

Projek terlibat termasuk La­ke­ville Residence, Greater KL di Jalan Ipoh, ICON City di Petaling Jaya, D’sara Sentral di Sg Buloh, The Loft@Southbay City dan Ferringhi Residence di Pulau Pinang.

Antara kelebihan kempen itu adalah keupayaan untuk pindah masuk ke rumah atau ruang kerja yang sudah siap secara serta-merta.

Kumpulan itu juga menyediakan rundingan pengubahsuaian percuma daripada panel profesional perunding reka bentuk dalaman (ID) untuk projek-projek terpilih.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN