Jenazah enam anggota bomba Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) diberi penghormatan terakhir selepas disembahyangkan di Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam Seksyen 15 hari ini. Keenam-enam mangsa maut selepas lepam ketika dalam operasi mencari mangsa hilang di lombong di Taman Putra Perdana, Puchong malam tadi.










