Perancis mahu tawar bantuan kepada Indonesia, tangani insiden Tsunami - Utusan Malaysia

Perancis mahu tawar bantuan kepada Indonesia, tangani insiden Tsunami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS 1 Okt. – Perancis menawarkan bantuan kepada Indonesia berikutan gempa bumi kuat yang mencetuskan tsunami di Wilayah Sulawesi Tengah republik itu dan menyebabkan kerosakan dan jumlah terkorban semakin meningkat, demikian menurut laporan Xinhua, memetik kenyataan Presiden Perancis, Emmanuel Macron hari ini.

Macron berkata, Perancis bersama-sama dengan Indonesia ketika dalam keadaan getir dan bersedia untuk memberikan sokongan.

Macron menyatakan hasratnya untuk membantu pihak berkuasa tempatan menangani kesan daripada gempa bumi dan tsunami, dan menyampaikan ucapan takziah kepada pihak berkuasa dan rakyat negara itu.

Jumaat lalu, gempa bumi 7.5 magnitud melanda wilayah tengah Indonesia di Sulawesi dan menyebabkan tsunami kuat.

Jumlah kematian akibat bencana itu adalah 1,000 dan angka ini juga dijangka meningkat kerana banyak kawasan masih sukar diakses.-BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN