KUALA LUMPUR 5 Okt. – Selepas menghantar tiga buah asetnya ke Indonesia untuk misi bantuan kemanusiaan bencana tsunami, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut mempersiapkan anggotanya untuk ditempatkan ke Palu, Sulawesi seandainya diperlukan. Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin berkata, walau bagaimanapun setakat ini Malaysia masih belum menerima permohonan dari negara jiran itu untuk tujuan berkenaan. “Kebiasaannya, negara yang mengalami bencana akan memohon walaupun kita telah bersedia. Tentera…










