KUALA LUMPUR 28 Okt. – Di tengah-tengah keghairahan para penyokong calon Pemilihan PKR Cabang Pandan berkempen di luar Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Taman Cempaka dekat sini hari ini, seorang lelaki tiba-tiba rebah dipercayai akibat serangan sawan. Kejadian pada pukul 3.25 petang tadi membuatkan para penyokong termasuk calon Timbalan Presiden, Rafizi Ramli dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhenti berkempen seketika untuk membantu mangsa dan menenangkan keadaan. Pasukan perubatan yang telah siap berada di pusat pengundian tersebut segera memberikan rawatan kepada mangsa yang kemudiannya kembali sedar. Proses pemilihan dijangka…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya