LABUAN – Dua penunggang motosikal tercampak kira-kira lapan meter selepas motosikal jenis Modenas yang dinaiki mereka dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Pajero berdekatan simpang empat Hotel Mariner di sini awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah malam itu, penunggang motosikal berusia 22 tahun disahkan meninggal dunia manakala pembonceng berusia 23 tahun cedera. Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Muhamad Farid Ahmad berkata, bagaimanapun pemandu kenderaan pacuan empat roda yang berusia 38 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan. “Pemandu kenderaan pacuan empat roda dalam perjalanan dari pusat bandar menuju…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya