Penjawat awam didakwa curi 30 biji telur - Utusan Malaysia

Penjawat awam didakwa curi 30 biji telur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 4 Okt. – Seorang penjawat awam dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dakwaan mencuri 30 biji telur ayam dan beberapa barangan lain di sebuah pasar raya di bandar raya ini bulan lalu.

Eddy Ezry Nordin, 32,dari Kampung Rhu Muda, Marang bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Noradila A. Latif.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 Oktober ini untuk sebutan semula kes.

Memuatkan artikel berkaitan…

Eddy Ezry menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman 10 tahun penjara dan denda, jika sabit kesalahan.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah pasar raya di bandar raya ini pada petang 26 September lalu.

Perbuatannya disedari oleh pengawal keselamatan pasaraya tersebut, dan sewaktu ditahan, beberapa barangan selain 30 biji telur ayam gred A ditemukan yang kesemuanya bernilai RM128.39. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini