SHAH ALAM – Peniaga dalam talian tidak terkecuali daripada kewajipan mengeluarkan zakat berikutan terdapat transaksi melibatkan wang dalam perniagaan mereka. Ketua Pegawai Penyelaras Lembaga Zakat Selangor (LZS) Abdul Basith Hamid berkata, zakat yang perlu dijelaskan adalah pada kadar 2.5 peratus untuk pendapatan yang telah cukup haul, iaitu telah berlalu satu tahun ke atas harta yang dimiliki. “Perniagaan online ini masih tertakluk kepada pengeluaran zakat kerana ada transaksi melibatkan wang dan…










