KEMAMAN – Seorang pengurus ladang menanggung kerugian lebih RM10,000 setelah cermin kenderaan utiliti sukan (SUV), Toyota Harrier miliknya dipecahkan penjenayah pada Ahad lalu. Kejadian yang disedari pada pukul 12.30 tengah hari esoknya itu, Ibrahim Abas, 56, turut kehilangan pelbagai barangan berharga dan peribadi seperti wang tunai, cincin, dokumen pengenalan diri, kad debit dan lesen memandu yang disimpan di dalam SUV terbabit. Beliau berharap, SUV jenis Toyota Harrier berkenaan telah diletakkan…










