PORT DICKSON – Seramai 7,268 pengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson akan mengundi esok. Daripada jumlah itu, 6,690 pemilih adalah dalam kalangan anggota tentera dan pasangan mereka manakala 578 adalah anggota polis. Pegawai Pengurus PRK Parlimen Port Dickson, Khairy Maamor berkata, kesemua tiga pusat pengundian awal itu, di Kem Segenting, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson dan Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) membabitkan 13…










