SEBERANG PERAI – Seorang pengetua sebuah sekolah kebangsaan di Butterworth di sini direman selama tiga hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes liwat dua pelajarnya baru-baru ini.
Perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Majistret Butterworth, Ahmad Faiz Md. Zain.
Suspek disiasat mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Seksual Kanak-Kanak 2017.
Terdahulu suspek berusia 55 tahun itu ditahan di rumahnya di Bertam, Kepala Batas di sini kelmarin.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










