KANGAR – Seorang penganggur lelaki warga tempatan berusia 26 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dakwaan mengedar 54 kilogram (kg) ganja di Padang Besar dekat sini pada 26 September lalu. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan oleh tertuduh iaitu Mohamad Zulfazlee Ruslan yang berasal dari Ayer Hitam, Kedah apabila pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Majistret Norhayati Ibrahim. Berdasarkan fakta kes, tertuduh pada 26 September lalu didakwa telah mengedarkan…










