KANGAR 10 Okt. – Seorang lelaki warga tempatan berusia 26 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas dakwaan mengedar 54 kilogram (kg) ganja di Padang Besar dekat sini, pada 26 September lalu. Walau bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan oleh tertuduh, Mohamad Zulfazlee Ruslan yang berasal dari Ayer Hitam, Kedah, apabila pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Majistret Norhayati Ibrahim. Berdasarkan fakta kes, tertuduh yang tidak bekerja didakwa telah mengedarkan…










