Penganggur dicekup ketika lalok - Utusan Malaysia

Penganggur dicekup ketika lalok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Seorang penganggur berusia 34 tahun yang sedang lalok gagal meloloskan diri selepas pihak polis melakukan serbuan di sebuah kebun buah-buahan dekat Bukit Misah, Kampung Padang, Rompin pada pukul 12.12 tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azli Mohd. Noor berkata, turut ditemui adalah dadah yang ditinggalkan oleh penggangur itu.

“Pihak polis menemui dadah jenis heroin seberat 70.97 gram dianggarkan bernilai RM1,800 serta 8.57 gram syabu bernilai RM1,200,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Ujarnya, suspek yang berasal dari Kampung Gading, Muadzam Shah gagal dalam saringan ujian air kencing yang dijalankan.

“Suspek positif dadah jenis opiat dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 39B dan 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” tambah beliau. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN