Penduduk Subang Bestari desak kerajaan negeri henti projek perumahan - Utusan Malaysia

Penduduk Subang Bestari desak kerajaan negeri henti projek perumahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 13 Okt. – Kira-kira 80 penduduk Subang Bestari di sini berhimpun bagi mendesak kerajaan negeri menghentikan projek perumahan 18 tingkat di sebuah tapak dalam kawasan taman perumahan mereka serta-merta hari ini.

Pengerusi Badan Bertindak Kelestarian Subang Bestari, Abdul Razak Mohammad berkata, penduduk kecewa dengan pembinaan projek perumahan mampu milik kerajaan negeri itu kerana gagal mengambil kira kepentingan dan hak penduduk setempat.

Menurutnya, ini kerana tiada sebarang perbincangan dan makluman awal berhubung projek tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemasangan penghadang di tapak berkenaan pada 22 Ogos lalu amat mengejutkan penduduk. Pelaksanaannya dilihat tergesa-gesa tanpa melalui proses betul seperti kajian impak termasuk notis bantahan 21 hari yang selalunya ditampal sebelum kerja tanah bermula,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian dalam satu himpunan aman yang turut disertai penduduk Pangsapuri Seri Galaksi dan Taman Persada. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini