Penduduk desak 
baiki pintu gerbang - Utusan Malaysia

Penduduk desak 
baiki pintu gerbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH 14 Okt. – Penduduk Kampung Dalam Rhu, dekat sini, meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) memperbaiki segera pintu gerbang yang rosak di jalan utama ke Pantai Bisikan Bayu yang didakwa membahayakan pengguna di laluan berkenaan.

Seorang penduduk, Sukri Jusoh, 38, berkata, pintu gerbang itu semakin mereput dan sering menjatuhkan sisa binaan yang rosak ke tengah jalan.

Baru-baru ini, katanya, seorang penunggang motosikal menjadi mangsa terkena serpihan kayu yang jatuh sehingga menyebabkan kecederaan yang teruk di bahagian kepala.

Menurutnya, penduduk sudah lama melaporkan kerosakan pintu gerbang yang berusia 28 tahun itu kepada PBT namun tiada sebarang tindakan yang diambil.

“Kami sepakat untuk merobohkan binaan itu menggunakan jentolak sekiranya dalam tempoh dua minggu masih tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak berkuasa.

“Keadaan lebih berbahaya sekiranya binaan bahagian atas itu runtuh secara sekali gus ketika laluan itu digunakan oleh pengguna terutama pada musim ribut atau hujan lebat,” katanya ketika ditemui, dekat sini, hari ini.

Seorang lagi penduduk, Ismail Mamat, 44, berkata, binaan itu dilihat bergoyang apabila angin bertuip kencang kerana lokasinya tidak jauh dari pantai.

Katanya, risiko semakin meningkat apabila musim tengkujuh telah bermula.

“Tindakan segera PBT pastinya akan mengelakkan sebarang musibah termasuk kemalangan kepada penduduk yang menggunakan lalauan itu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN