JAKARTA 9 Okt. – Badan Pengurusan Nasional Bencana (BNPB) mengesahkan jumlah korban akibat kejadian gempa bumi dan tsunami di Palu-Donggala, Sulawesi Tengah sebanyak 1,948 orang dan 22 daripadanya adalah golongan tenaga pengajar di wilayah berkenaan. “Sebanyak 22 orang guru meninggal dunia. Selain itu, 22 orang pelajar juga terkorban,” jelas Ketua BNPB, Willem Rampangilei dalam sidang akhbar di pejabat BNPB di Jakarta Timur di sini semalam seperti dilaporkan Liputan6.com. Menurut beliau,…










