Pemilik van dan Maahad Tahfiz fail rayuan bayaran RM4.3 juta - Utusan Malaysia

Pemilik van dan Maahad Tahfiz fail rayuan bayaran RM4.3 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – CT-One Corporation Sdn. Bhd. dan Maahad Tahfiz Al-Hashimi hari ini memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Kota Bharu yang memerintahkan kedua-duanya dan satu pihak lagi membayar sejumlah RM4,334,507 kepada bekas pelajarnya yang terbabit dalam kemalangan van pada Jun tahun lepas.

Notis rayuan bagi membatalkan atau mengurangkan jumlah bayaran itu difailkan oleh pengasas maahad tahfiz berkenaan Datuk Adnan Hashim menerusi Tetuan Tengku Azlina, Azlan Shah (amp) Azman di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Pada 23 September lepas, Hakim Mahkamah Sesyen Nazri Ismail memutuskan CT-One Corporation Sdn Bhd, Maahad Tahfiz Al-Hashimi dan pemandu van Muhammad Hamzi Mohammad Husham, 25, bertanggungjawab secara vikarius terhadap kecederaan dialami bekas pelajar itu yang menyebabkannya hilang upaya akibat kemalangan itu.

Sehubungan itu, mereka diperintah membayar  RM4,334,507  kepada Muhammad Faiz Hafizuddin selaku defendan pertama dan ibunya Jahsuriawany Mustapha, 46,  selaku defendan kedua.

Kos itu membabitkan ganti rugi terhadap Muhammad Faiz Hafizuddin yang cedera kepala dan retak saraf tunjang sehingga menyebabkan mangsa lumpuh seumur hidup serta bagi pembelian lampin pakai buang, tiub makanan, beg kencing, katil, tilam dan jururawat persendirian. – Bernama

Muhammad Faiz Hafizuddin kiri lumpuh akibat kemalangan tahun lepas.
Muhammad Faiz Hafizuddin kiri lumpuh akibat kemalangan tahun lepas.
 
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN