KUALA LUMPUR 4 Okt. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang lelaki kerana cuba memberi rasuah kepada pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) di sebuah kilang besi di Batang Berjuntai, Kuala Selangor, di sini hari ini.
Menurut sumber, lelaki berusia 60 tahun yang juga pemilik kilang tersebut menawarkan rasuah sebanyak RM1,000 kepada pengadu sebagai habuan untuk tidak mengambil tindakan siasatan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 terhadap kilang miliknya.
“Perkara tersebut berlaku ketika pengadu dan seorang lagi pegawai JAS membuat pemeriksaan di kilang tersebut pada Selasa lalu,” katanya, di sini hari ini.
Memuatkan artikel berkaitan…
Tambah sumber itu lagi, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 17(b) Akta SPRM. – UTUSAN ONLINE











