KLANG 14 Okt. – Kesesakan kini berlaku di pusat pengundian pemilihan PKR Cabang Kapar ekoran lokasi yang tidak strategik dan kekurangan komputer untuk e-voting. Calon Ketua Cabang, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, kebanjiran ahli yang datang mengundi, laluan ke dewan mengundi hanya satu dan peralatan yang tidak mencukupi menjadi faktor utama kesesakan berlaku. Menurutnya, pengundi terpaksa berjalan kaki kira-kira satu kilometer untuk ke dewan mengundi dan selepas itu terpaksa…










