KUALA LUMPUR 14 Okt. – Keputusan Pemilihan PKR bagi Cabang Kelana Jaya dijangka diketahui seawal pukul 5 petang nanti. Proses pemilihan yang bermula pukul 10 pagi tadi berjalan lancar di Kompleks 3K Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dekat sini. Suasana sedikit berbeza berbanding pemilihan sebelum ini, di mana kehadiran bas turut bersilih ganti menghantar ahli-ahli ke kompleks terbabit. Bagi jawatan ketua cabang, penyandangnya, Syed Syahir Syed Mohamud mempertahankan kedudukan berkenaan…










