SABAK BERNAM – Pemilhan Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Sabak Bernam hari ini sedikit kecoh apabila berlaku tolak menolak dan bertikam lidah antara perwakilan dan petugas di pintu masuk Dewan Tun Razak, Sabak Bernam di sini. Kekecohan selama kira-kira 45 minit itu didakwa berpunca daripada perwakilan yang tidak berpuas hati apabila hanya 10 pengundi sahaja dibenarkan masuk ke dalam dewan dalam satu-satu masa. Malah mereka juga melahirkan kekesalan apabila jawatankuasa…










