KUALA LANGAT – Proses pengundian bagi pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kuala Langat di Dewan Sri Jugra di sini bermula lewat ekoran hujan lebat yang melanda negeri ini pagi tadi. Para pengundi hanya dibenarkan masuk mengundi pada pukul 10.30 pagi meskipun mereka telah beratur seawal 9.30 pagi. Ekoran kelewatan tersebut, keadaan di pusat pengundian ini sedikit kecoh dan terdapat sebahagian pengundi melaungkan perkataan ‘Rempuh, Rempuh’ untuk memasuki pekarangan dewan.…










