KUALA LUMPUR 8 Okt. – Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar hari ini menyampaikan sumbangan faedah pengurusan jenazah sebanyak RM2,000 dan pencen penakat sebanyak RM885 sebulan kepada balu komposer terkenal negara, Datuk Suhaimi Mohd. Zain atau lebih mesra disapa Pak Ngah, Datin Sharifah Mahani Syed Kasim. Mahfuz berkata, sumbangan Pak Ngah bukan sahaja meliputi industri seni sebaliknya komposer yang juga pejuang irama tradisional itu turut menyemai jiwa patriotik kepada…










