PORT DICKSON – Menteri Besar, Aminuddin Harun menafikan kerajaan negeri menyediakan wang tunai RM200 kepada warga emas kaum India sempena Hari Deepavali seperti yang tular dalam media sosial. Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) negeri berkata, perkara itu adalah tidak benar dan direka oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. “Perkara itu tidak benar dan tidak ada sumbangan seperti yang didakwa,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Anugerah Insan Terbilang Negeri…










