JOHOR BAHRU 3 Okt. – Bermula hanya bekerja sebagai pembantu dapur belajar di tingkatan empat dan lima selepas waktu persekolahan benar-benar mengajarnya erti hidup berdikari apatah lagi untuk membayar ansuran motosikal yang dibelinya ketika itu. Berkat ketekunan, kerajinan serta kesabaran menghadapi liku-liku kehidupan, Asyraaf Mohd. Hafifi, 21, bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Syed Nasir Ismail, Johor Bahru dianugerahkan Anugerah Pelajar Cemerlang Kolej Kemahiran Johor (KKJ) pada Konvokesyen ke-21…










