Pemandu treler ditahan, ada 13 rekod saman trafik - Utusan Malaysia

Pemandu treler ditahan, ada 13 rekod saman trafik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR – Pemandu treler yang menyebabkan kematian lima mangsa dalam kemalangan di Kilometer 255.3 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara berhampiran Terowong Menora di sini ditahan bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Razali Ibrahim berkata, pemandu treler berusia 41 tahun itu ditahan di lokasi kejadian selepas insiden semalam dan pihaknya akan mengambil keterangan bagi siasatan lanjut. 

“Berdasarkan keterangan awal pemandu itu, dia terpaksa membelok ke kanan bagi menghimpit pembahagi jalan untuk mengurangkan kelajuan treler selepas mendapati brek kenderaannya gagal berfungsi. 

“Bagaimanapun, pemandu tersebut mendakwa dia tidak menyedari kereta mangsa berada di sebelah kenderaannya ketika membelok ke kanan,” katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar di sini hari ini.

Tambah Razali, pemandu treler itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Kangsar esok untuk proses reman sekiranya siasatan masih belum lengkap. 

Katanya, semakan mendapati pemandu berasal dari Alor Setar, Kedah itu mempunyai 13 saman trafik termasuk memandu laju manakala 11 saman dikeluarkan terhadap treler syarikat itu sebelum ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN