KUALA KANGSAR – Pemandu treler yang menyebabkan kematian lima mangsa dalam kemalangan di Kilometer 255.3 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara berhampiran Terowong Menora di sini ditahan bagi membantu siasatan. Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Razali Ibrahim berkata, pemandu treler berusia 41 tahun itu ditahan di lokasi kejadian selepas insiden semalam dan pihaknya akan mengambil keterangan bagi siasatan lanjut. “Berdasarkan keterangan awal pemandu itu, dia terpaksa membelok ke kanan…










