Pemandu lori tangki maut di Jalan Samarakan - Utusan Malaysia

Pemandu lori tangki maut di Jalan Samarakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BINTULU 1 Okt. – Seorang pemandu lori tangki yang membawa muatan minyak sawit maut setelah dipercayai hilang kawalan lalu terjunam ke dalam gaung di simpang ke Sungai Emas, Jalan Samarakan, di sini hari ini.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, pihaknya menerima maklumat kejadian tersebut pada pukul 10.48 pagi tadi.

“Pasukan bomba yang tiba di tempat kejadian mendapati pemandunya, Zamry Manan, 41, tersepit setelah lori tangki dipandu terjunam ke dalam gaung sedalam 50 meter.

“Kerja-kerja menyelamat dijalankan bagi mengeluarkan mangsa namun didapati sudah meninggal dunia,” jelas kenyataan itu.

Tambahnya, mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi ditamatkan pada pukul 12 tengah hari tadi,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN