MELAKA 14 Okt. – Kehadiran pemain naturalisasi dalam skuad Harimau Malaya mampu merubah landskap pasukan itu yang sebelum ini sering dilabelkan prestasinya sebagai ‘tidak ke mana’, kata Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd. Yusoff Mahadi. Beliau berkata, walaupun masih terlalu awal untuk membuat andaian, kejayaan skuad negara mengalahkan pasukan Sri Lanka 4-1 dalam perlawanan persahabatan kelas A pada Jumaat lalu menunjukkan satu perubahan positif pada skuad negara.…










