KUALA LUMPUR 8 Okt. – Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David dan pemain England, Laura Massaro bakal bertembung sesama sendiri buat kali ketiga berturut-turut dalam tempoh sebulan, setelah kedua-dua mereka menjejakkan kaki ke pusingan ketiga selepas membenam lawan masing-masing di pusingan kedua Terbuka Amerika Syarikat (AS) di Philadelphia, hari ini Nicol yang kini jatuh ke ranking No. 11 dunia dipaksa berhempas pulas selama hampir sejam sebelum mengetepikan cabaran wakil Australia,…










