KIMANIS 12 Okt. – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad diminta menunaikan segera hak Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi Semenanjung kerana perkara itu telah termaktub dalam Perlembagaan sejak penubuhan Malaysia pada 1963. Presiden Parti Solidariti Tanahairku (Star), Datuk Dr. Jeffrey Kitingan berkata, Dr. Mahathir gagal melaksanakan perkara itu selama 22 tahun ketika pertama kali memimpin negara, jadi ini adalah peluang kedua beliau memperbetulkan kesilapannya. “Kita mesti ingat hak Sabah…










