KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran membabitkan 11 pegawai kanannya yang akan berkuat kuasa pada 1 November depan.
Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad berkata, pertukaran membabitkan Timbalan Pengarah Siasatan dan Perundangan, Jabatan Siasatan Janayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Mohd. Zakaria Ahmad kepada Ketua Polis Pahang dengan memangku pangkat Komisioner.
“Urusetia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan) Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Salehhudin Abd. Rahman pula akan menggantikan tempat beliau (Mohd. Zakaria) dan memangku pangkat Timbalan Komisioner.
“Ketua Penolong Pengarah (Risikan dan Operasi), Bahagian Pematuhan Standard, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Sukardi Tulos ditukarkan menjadi Ketua Penolong Pengarah Kordinasi Sumber Sokongan, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut Asmawati, kekosongan yang ditinggalkan oleh Sukardi pula akan diisi oleh Ketua Penolong Pengarah Pendataan dan Analisa, Jabtan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Samsudin Basir.
“Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Perak, Senior Asisten Komisioner T. Selven pula ditukarkan menjadi Ketua Penolong Pengarah Pendataan dan Analisa, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman.
“Ketua Penolong Pengarah Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC), Skuad Taktikal Khas 1, JSJ Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohamad Laham ditukarkan kepada Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Perak,” katanya.
Menurut beliau, kekosongan yang ditinggalkan oleh Mohamad akan diisi oleh Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Melaka, Asisten Komisioner Zulkifli Che Wail dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner.
“ACP Kawalan (D1), JSJ Bukit Aman, Asisten Komisioner Dennis Lim Kwang Keng, ditukarkan menjadi Penolong Pengarah Kepolisan Kawalan Dalaman (D1) JSJ Bukit Aman manakala Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Johor, Superintenden Beh Eng Lai pula ditukarkan kepada Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Melaka dengan memangku pangkat Asisten Komisioner.
“Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Selangor, Superintenden Nor Omar Sappi ditukarkan kepada Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Selangor dan Pegawai Turus Ketenteraman Awam Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Sarawak, Deputi Superintenden Poge Nyaon pula ditukarkan menjadi Ketua Polis Daerah Bau, Sarawak,” katanya. – K! ONLINE











