PDRM sedia siasat kehilangan RM43.3 juta wang rampasan 1MDB - Utusan Malaysia

PDRM sedia siasat kehilangan RM43.3 juta wang rampasan 1MDB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Okt. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersedia menjalankan siasatan berhubung dakwaan kehilangan RM43.3 juta wang rampasan membabitkan siasatan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) dalam serbuan di Pavilion Residendes, di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya memandang berat mengenai dakwaan dilemparkan kerana dilihat telah mencalar kredibiliti PDRM dalam melakukan siasatan membabitkan kes berprofil tinggi.

Ujar beliau, sehubungan itu, mana-mana pihak yang mempunyai maklumat atau bukti kukuh mengenai dakwaan terbabit diminta tampil membuat laporan polis agar siasatan lanjut dapat dijalankan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sepanjang serbuan dilakukan, setiap tindakan PDRM dalam kes ini dilaksanakan dengan teliti dan turut melibatkan pihak pengurusan Pavilion Residences bersama Bank Negara bagi mengelakkan sebarang pertikaian di kemudian hari.

“Malah, setiap pegawai dan anggota yang dipilih menjalankan penggeledahan serta rampasan juga telah ditaklimatkan sendiri oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh bagi memastikan tugas dijalankan mengikut lunas undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini